Biografi Robert Goddard

Awal hidup

Robert Hutchings dilahirkan di Worcester, Massachusetts, kepada pasangan suami isteri petani Nahum Danford Goddard (1859–1928) dan Fannie Louise Hoyt (1864–1920). Satu-satu adiknya, Richard Henry, dilahirkan dengan kecacatan pada tulang belakangnya dan meninggal dunia sebelum hari lahirnya yang pertama.[4]:16

Pendidikan

Robert mula menjadi tertarik dengan bidang sains ketika bandarnya mula mendapatkan bekalan elektrik antara bandar-bandar lain secara meluasnya di Amerika Syarikat pada tahun 1880-an. Beliau lebih menumpukan minatnya terhadap bidang angkasa lepas setelah membaca novel The War of the Worlds karya H. G. Wells pada usia 16 tahun.[5]

Beliau dikekang dengan masalah kesihatan yang pelbagai semasa kecil seperti sakit perut, selesema dan bronkitis sehingga ketinggalan dua gred jauh dari rakan sebaya yang lain. Namun, beliau sangat giat membaca dan sering meminjam buku-buku perpustakaan sekolahnya.[4]:16,19 Apabila kesihatannya semkin pulih, beliau mengambil pengajian di Sekolah Komuniti Tinggi South di Worcester pada tahun 1901.[6] Goddard begitu cekal dalam pelajarannya, dan rakan sekelasnya dua kali melantik beliau sebagai ketua kelas.

Robert masuk ke Institut Polyteknik Worcester pada tahun 1904.[4]:41 Kerajinannya begitu mengagumkan ketua jabatanfizik tersebut yang kemudiannya mengambil beliau sebagai pembantu makmal dan pengajar.[4]:42 Goddard memperoleh ijazah Bacelor Sains fiziknya dari Politeknik tersebut pada 1908,[4]:50 dan beliau menyambung pengajian graduannya di Universiti Clark di Worcester pada musim luruh tahun 1909.[7]

Beliau mengahwini Esther Christine Kisk (31 Mac 1901 – 4 Jun 1982),[8] seorang setiausaha di pejabat presiden Universiti Clark, pada 21 Jun 1924. Esther berkongsi minat mengenai sains roket bersama Goddard serta turut membantunya dalam menjalankan ujikajinya. Pasangan tersebut tidak mempunyai anak.

Senja hidup

Robert menghidap tuberkulosis yang kemudiannya melemahkan paru-parunya. Pekerjaannya bersama Tentera Laut A.S di negeri Maryland yang beriklim lembap lebih merumitkan penyakit beliau. Beliau didiagnos menghidap kanser tekak pada tahun 1945. Beliau meninggal dunia pada bulan Ogos tahun yang sama,[4]:377,395[9] sambil itu isterinya menguruskan kertas kerjanya serta menyediakan paten tambahan ke atas kerja-kerjanya.[10] Robert disemadikan di Hope Cemetery di kampungnya di Worcester, Massachusetts.[11]

Rujukan

WikiPedia: Robert Goddard http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www2.clarku.edu/research/archives/goddard/f... http://www.nasm.si.edu/exhibitions/gal100/goddard.... http://www.wpi.edu/academics/library/collections/r... http://genesismission.jpl.nasa.gov/people/biograph... http://www.nasa.gov/centers/goddard/about/history/... http://planetarynames.wr.usgs.gov/Feature/2199